الثلاثاء، 27 سبتمبر 2011

Nilaian sebuah waktu




Antara kata-kata Al-Banna mengenai masa:
Al-waqtu huwal hayah (Waktu itu adalah kehidupan)
Al-wajibat aktharu minal awqat (Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada)

Berfikirlah 1000 saat dan beramallah 1 saat

Sebagaimana kita berhemah dalam berbelanja, kita juga perlu berhemah dalam menguruskan waktu

Sibuk dengan perkara yang sudah berlalu akan menghilangkan banyak masa

Banyak benda yang bernilai dalam kehidupan kita tapi tidak dapat menandingi nilai sebuah masa



Tanda Islam menghargai masa dapat dilihat pada:
1.Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah solat di awal waktu
2. Puasa Ramadhan iaitu pengertian puasa itu sendiri bermula pada terbit fajar sodiq hinggalah tenggelamnya matahari.
3.Haji pada bulan Dzul Hijjah iaitu mesti berada di bukit Arafah pada 9 Dzul Hijjah dan jika tidak sempat tidak dikira haji tersebut.
4.Zakat harta mesti dikeluarkan sekiranya cukup tempoh setahun.

PEMUDA + MASA KOSONG = PERMULAAN MAKSIAT



Berkata seorang muhasib: "Sekiranya waktu boleh dibeli dengan harta akan ku infaqkan seluruh hartaku tanpa rasa rugi untuk membeli masa untuk berkhidmat kepada orang muslimin". Kemudian ada yang bertanya: "Nak beli daripada siapa?", "Daripada orang-orang yang banyak masa lapang".

Contoh umur yang diberkati:
1.Saidina Usamah Bin Zaid mengetuai angkatan perang ketika berumur 16 tahun

2.Muhammad Al-Fateh membuka Kota Qostontiniyyah ketika berusia 23 tahun

3.Saidina Saad Bin Zaid masuk Islam ketika berumur 30 tahun dan mati dalam usia 37 tahun. Berkhidmat utk Islam dlm tempoh 7 tahun tersebut hingga kematiannya menggegarkan arasy dan malaikat mengusung jenazahnya hingga menjadi ringan.

4.An-Nawawi pengarang kitab Riyadus Solihin mati ketika berumur 40 tahun dan tidak berkahwin kerana sibuk menuntut ilmu dan sepanjang hidupnya itu telah mengarang 500 buah buku.



Saidina Umar Al-Khattba menjawab apabila ditanya masa untuk beliau tidur: "Bagaimana aku hendak tidur kerana sekiranya aku tidur di malam hari aku akan cuai dalam menunaikan hak tuhanku dan jika aku tidur di siang hari aku akan cuai dalam menunaikan hak rakyatku!..jadi bila aku nak tidur?!..

Kesimpulannya, kehidupan seorang muslim berkait rapat dengan waktunya. Marilah sama-sama kita menyusun dan merancang masa dengan baik kerana sekiranya kita tidak merancang untuk berjaya dan membuat sesuatu, sesungguhhnya kita telah merancang untuk gagal..



الثلاثاء، 17 مايو 2011

Rim Ar-Riyashi

Berumur 22 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata. merupakan anak yg ke lapan daripada sepuluh orang adik beradik. Beliau di lahirkan di sebuah perkampungan bernama Hayyu Zaitun di Bandar Gaza di Palestin dan dibesarkan di dalam keluarga yang menitikberatkan ajaran Islam. Berazam utk melakukan istisyhadiah sejak dibangku sekolah lagi dan selepas berkahwin terlibat dalam memberi makan dan minum untuk para mujahidin yang berperang melawan Israel.

Tepat jam 9.37 pagi hari Rabu 14 Januari 2004 bersamaan 21 Zulqaedah 1424 hijrah, beliau telah meletupakn dirinya di laluan utama antara Gaza dan Israel dan berjaya membunuh empat orang tentera Israel dan mencederakan sepuluh yang lain.Beliau telah memakai tali pinggang yang sarat dengan bahan letupan dan menyamar seperti seorang yang uzur dengan berjalan memakai tongkat dan melalui pintu kawalan elektrik Israel.Alat pengesan tersebut berbunyi sejurus beliau melalui pintu tersebut menandakan pada badan beliau terdapat bahan besi. Beliau mengatakn bahawa dikakinya ada platinum. Semasa tentera Israel tersebut dalam perjalanan untuk membawanya ke bilik pemeriksaan beliau telah meletupakan dirinya disitu. Beliau merupakan ibu pertama dikalangan rakyat Palestin  dan wanita pertama dalam HAMAS serta wanita Palestin yang ke tujuh yang melakukan aksi berani mati ini.

 Suaminya Ziyad Awwad berumur 25 tahun ketika itu juga tidak mengetahui tentang perkara tersebut.Ujar suaminya lagi hampirnya hari Rim melakukan istisyhadiah, beliau berjumpa dengan suaminya dan memohon ampun dan maaf sekiranya kurang dalam menuaikan hak sebagai seorang isteri atau banyak menyusahkannya. Bila ditanya kenapa beliau berkata begitu baliau sekadar menjawab " ana uridu an tusamihni faqot" (aku nak kau maafkan aku sahaja). Walaupun begitu suaminya redha dengan pemergiannya bahkan berbangga dan berbesar hati kerana Ziyad tahu akhirnya cita-cita Rim untuk mati syahid dikabulkan Allah. "Aku berbagga dengan isteriku kerana telah melakukan amal yang mulia dan mulia bagi ummat Islam seluruhnya".Menurut suaminya  lagi, semasa Rim mula dilamar, beliau telah meletakan syarat bahawa sesiapa yang ingin menjadi suaminya tidak boleh meghalangnya untuk melakukan amal jihad.

Dua orang anaknya yang comel iaitu Dhuha tiga tahun dan Muhammad setahun setengah telah menjadi yatim sejurus ibu mereka yang tersayang melakukan istisyhadiah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa kasih dan sayangnya Rim pada kedua anaknya. Ini terbukti dalam wasiatnya apabila beliau mengatakan bahawa beliau tidak takut untuk meniggalkan anak-anaknya kerana beliau mengetahui bahawa mereka akan sentiasa dibawah peliharaan Allah dan cintanya untuk bertemu Allah lebih kuat menolaknya. Beliau juga mewasiatkan kepada ikhwan supaya menjaga amanah ini iaitu anak-anaknya,mendidik mereka dengan didikan Islami,menghafaz Al-Quran dan disekolahkan di sekolah Islamiah. Beliau mengingatkan juga bahawa amanah ini akan dipersoalkan di hari kiamat kelak. Seminggu sebelum Rim melakukan istisyhadiah, beliau telah tidak memberikan susu badan kepada Muhammad supaya dia terbiasa untuk minum susu lain selepas ketiadaannya. Akhirnya beliau keluar dari rumah meniggalkan anak-anaknya dan suaminya yang tercinta tanpa setitis pun air mata yang mengalir dipipinya. Masya Allah..hasbunallah wa ni'mal wakil...

Semoga kisah Rim ini dapat menyuntik semangat kita untuk berjihad. Sebagai seorang ibu bukanlah penghalang kepada kita untuk melakukan jihad bahkan betapa banyaknya sumbangan yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk kembali melihat Islam bersinar di bumi ini. Didiklah anak-anak dengan asas-asas Islam dan ajarilah mereka dengan Al-Quran dan sunnah. Moga kelak mereka lahir seperti pejuang dizaman kegemilangan Islam. Ameen Ya Rabb..

Sekilas ayat Quran dan hadis jihad:

(انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم في سبيل الله) At-Taubah: 36


Hadis Nabi SAW:

"من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بالغزو, مات على شعبة من نفاق"











 


الثلاثاء، 3 مايو 2011

Sami'na wa atho'na

'Minggu depan akak nak buat imtihan untuk jilsah kita, jadi akak nak akhawat baca semua manhaj yang kita dah lalui. Untuk hadis pula imtihan secara bertulis, hafazan pula secara syafawi,boleh?'. Masing-masing terdiam sambil mata dibuntangkan. Perlahan-lahan satu demi satu kepala mengangguk. Dalam hati masing-masing mengomel dek tarikh imithan kuliah juga tinggal sebulan sahaja lagi.Bukan sikit bahan yang nak diulagkaji untuk imtihan jilsah ni.

Fenomena ini sudah tidak asing lagi berlaku dikalangan mereka yang mengikut itarbiah. Seolah-olah masing-masing tidak ada hak untuk memberikan pandangan atau bertanya. Dalam tarbiah kita mahu melahirkan rijal-rijal yang memenuhi krateria fard muslim. Oleh itu tidak sepatutnya rijal-rijal yang berada dalam saf taat membuta tuli pada perintah atau arahan tanpa bertanya atau meminta penjelasan.

 'Bagus, dengar arahan, tak banyak tanya'

Apabila seorang ketua mengeluarkan kata-kata sebegini menunjukkan bahawa anak buahnya menurut kata tanpa banyak soal. Seolah-olah satu kelegaan juga untuk dia daripada menjawab pesoalan-persoalan yang banyak.

Merujuk kitab Awaiq tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rashid, isu pertama yang beliau sentuh dalam tajuk pertama buku tersebut adalah berkenaan dengan ketaatan. Secara ringkasnya, ketaatan yang ingin beliau terangkan adalah terbahagi kepada tiga iaitu taat yg waie atau peka, taat hawiah (hawa nafsu) dan taat umya'(buta tuli). Taat yang kita semua ingin lahirkan dalam diri rijal dakwah adalah taat yg waie yang mana masing-masing sedar dan tahu kenapa mereka buat sesuatu perkara tersebut. Sebagai contoh sekiranya anak buah diberikan sesuatu tugasan, mereka akan bertanya kenapa mereka kena buat macam tu. Ini menunjukkan bahawa mereka inginkan tabayaun (penjelasan). Sebenarnya amatlah penting bagi seorang masul/ah untuk memastikan anak buah mereka peka dan sedar dalam membuat sesuatu perkara. Ini kerana sekiranya mereka taat membuta tuli (umya') ianya akan dapat memberikan kemudharatan kepada jamaah tersebut. Mungkin sebahagian merasakan ini hanya perkara  kecil sahaja namun hakikatnya tidaklah sebegitu bahkan kesannya yang sebenar boleh membawa kepada sesorang itu inhiraf pada harakah selain tidak dapat menjaga asolah dakwah. Oleh itu amat penting bagi setiap murabbi untuk mendidik anak buahnya untuk peka dan diri sendiri juga perlulah sentiasa dibina dengan asas-asas fikrah dan syara' supaya dalam kita melakukan sesuatu perkara kita akn memikirkan maslahah dan ada tawazun dalam beramal.

Adapun taat hawiah pula merupakan ketaatan yang berlandaskan hawa nafsu.Sekiranya arahan atau perintah tersebut sesuai dengan nalurinya atau lebih kepada kepentingan dirinya maka dia akan taat, tapi sekiranya arahan tersebut bertentangan tidaklah dia patuh pun. Semuanya demi untuk kepuasan hawa nafsunya sahaja.

Sebagai seorang daie kita hendaklah memberikan ketaatan yang penuh kepada jamaah kita (taat waie) samada kita dalam keadaan susah atau senang, suka atau pun tidak kerja tersebut (kalau tiada pilihan)setelah kita memikirkan maslahahnya untuk diri kita dan semua yang berada dalam jamaah tersebut.