الثلاثاء، 3 مايو 2011

Sami'na wa atho'na

'Minggu depan akak nak buat imtihan untuk jilsah kita, jadi akak nak akhawat baca semua manhaj yang kita dah lalui. Untuk hadis pula imtihan secara bertulis, hafazan pula secara syafawi,boleh?'. Masing-masing terdiam sambil mata dibuntangkan. Perlahan-lahan satu demi satu kepala mengangguk. Dalam hati masing-masing mengomel dek tarikh imithan kuliah juga tinggal sebulan sahaja lagi.Bukan sikit bahan yang nak diulagkaji untuk imtihan jilsah ni.

Fenomena ini sudah tidak asing lagi berlaku dikalangan mereka yang mengikut itarbiah. Seolah-olah masing-masing tidak ada hak untuk memberikan pandangan atau bertanya. Dalam tarbiah kita mahu melahirkan rijal-rijal yang memenuhi krateria fard muslim. Oleh itu tidak sepatutnya rijal-rijal yang berada dalam saf taat membuta tuli pada perintah atau arahan tanpa bertanya atau meminta penjelasan.

 'Bagus, dengar arahan, tak banyak tanya'

Apabila seorang ketua mengeluarkan kata-kata sebegini menunjukkan bahawa anak buahnya menurut kata tanpa banyak soal. Seolah-olah satu kelegaan juga untuk dia daripada menjawab pesoalan-persoalan yang banyak.

Merujuk kitab Awaiq tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rashid, isu pertama yang beliau sentuh dalam tajuk pertama buku tersebut adalah berkenaan dengan ketaatan. Secara ringkasnya, ketaatan yang ingin beliau terangkan adalah terbahagi kepada tiga iaitu taat yg waie atau peka, taat hawiah (hawa nafsu) dan taat umya'(buta tuli). Taat yang kita semua ingin lahirkan dalam diri rijal dakwah adalah taat yg waie yang mana masing-masing sedar dan tahu kenapa mereka buat sesuatu perkara tersebut. Sebagai contoh sekiranya anak buah diberikan sesuatu tugasan, mereka akan bertanya kenapa mereka kena buat macam tu. Ini menunjukkan bahawa mereka inginkan tabayaun (penjelasan). Sebenarnya amatlah penting bagi seorang masul/ah untuk memastikan anak buah mereka peka dan sedar dalam membuat sesuatu perkara. Ini kerana sekiranya mereka taat membuta tuli (umya') ianya akan dapat memberikan kemudharatan kepada jamaah tersebut. Mungkin sebahagian merasakan ini hanya perkara  kecil sahaja namun hakikatnya tidaklah sebegitu bahkan kesannya yang sebenar boleh membawa kepada sesorang itu inhiraf pada harakah selain tidak dapat menjaga asolah dakwah. Oleh itu amat penting bagi setiap murabbi untuk mendidik anak buahnya untuk peka dan diri sendiri juga perlulah sentiasa dibina dengan asas-asas fikrah dan syara' supaya dalam kita melakukan sesuatu perkara kita akn memikirkan maslahah dan ada tawazun dalam beramal.

Adapun taat hawiah pula merupakan ketaatan yang berlandaskan hawa nafsu.Sekiranya arahan atau perintah tersebut sesuai dengan nalurinya atau lebih kepada kepentingan dirinya maka dia akan taat, tapi sekiranya arahan tersebut bertentangan tidaklah dia patuh pun. Semuanya demi untuk kepuasan hawa nafsunya sahaja.

Sebagai seorang daie kita hendaklah memberikan ketaatan yang penuh kepada jamaah kita (taat waie) samada kita dalam keadaan susah atau senang, suka atau pun tidak kerja tersebut (kalau tiada pilihan)setelah kita memikirkan maslahahnya untuk diri kita dan semua yang berada dalam jamaah tersebut.