الثلاثاء، 27 سبتمبر 2011

Nilaian sebuah waktu




Antara kata-kata Al-Banna mengenai masa:
Al-waqtu huwal hayah (Waktu itu adalah kehidupan)
Al-wajibat aktharu minal awqat (Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada)

Berfikirlah 1000 saat dan beramallah 1 saat

Sebagaimana kita berhemah dalam berbelanja, kita juga perlu berhemah dalam menguruskan waktu

Sibuk dengan perkara yang sudah berlalu akan menghilangkan banyak masa

Banyak benda yang bernilai dalam kehidupan kita tapi tidak dapat menandingi nilai sebuah masa



Tanda Islam menghargai masa dapat dilihat pada:
1.Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah solat di awal waktu
2. Puasa Ramadhan iaitu pengertian puasa itu sendiri bermula pada terbit fajar sodiq hinggalah tenggelamnya matahari.
3.Haji pada bulan Dzul Hijjah iaitu mesti berada di bukit Arafah pada 9 Dzul Hijjah dan jika tidak sempat tidak dikira haji tersebut.
4.Zakat harta mesti dikeluarkan sekiranya cukup tempoh setahun.

PEMUDA + MASA KOSONG = PERMULAAN MAKSIAT



Berkata seorang muhasib: "Sekiranya waktu boleh dibeli dengan harta akan ku infaqkan seluruh hartaku tanpa rasa rugi untuk membeli masa untuk berkhidmat kepada orang muslimin". Kemudian ada yang bertanya: "Nak beli daripada siapa?", "Daripada orang-orang yang banyak masa lapang".

Contoh umur yang diberkati:
1.Saidina Usamah Bin Zaid mengetuai angkatan perang ketika berumur 16 tahun

2.Muhammad Al-Fateh membuka Kota Qostontiniyyah ketika berusia 23 tahun

3.Saidina Saad Bin Zaid masuk Islam ketika berumur 30 tahun dan mati dalam usia 37 tahun. Berkhidmat utk Islam dlm tempoh 7 tahun tersebut hingga kematiannya menggegarkan arasy dan malaikat mengusung jenazahnya hingga menjadi ringan.

4.An-Nawawi pengarang kitab Riyadus Solihin mati ketika berumur 40 tahun dan tidak berkahwin kerana sibuk menuntut ilmu dan sepanjang hidupnya itu telah mengarang 500 buah buku.



Saidina Umar Al-Khattba menjawab apabila ditanya masa untuk beliau tidur: "Bagaimana aku hendak tidur kerana sekiranya aku tidur di malam hari aku akan cuai dalam menunaikan hak tuhanku dan jika aku tidur di siang hari aku akan cuai dalam menunaikan hak rakyatku!..jadi bila aku nak tidur?!..

Kesimpulannya, kehidupan seorang muslim berkait rapat dengan waktunya. Marilah sama-sama kita menyusun dan merancang masa dengan baik kerana sekiranya kita tidak merancang untuk berjaya dan membuat sesuatu, sesungguhhnya kita telah merancang untuk gagal..



ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق